Pages

Thursday, March 8, 2012

Tuduh pengawal curi berlian

Berita Harian Online | Tuduh pengawal curi berlian:pix_gal0
Bekas isteri Sultan Brunei dakwa barang kemas dijual RM57.25j bayar hutang judi 

LONDON: Bekas permaisuri Sultan Brunei, Mariam Aziz, 55, menuduh bekas pengawal peribadinya, Fatimah Kumin Lim, 34, mencuri dan menjual berlian kepunyaan beliau bernilai £12 juta (RM57.25 juta) sebelum menggantikannya dengan yang palsu.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini semalam, Mariam mendakwa, Fatimah ‘mengambil tanpa kebenaran’ seutas gelang tangan berlian bernilai £3.5 juta (RM16.6 juta) dan dua bentuk cincin berlian berharga £8.7 juta (RM41.50 juta) pada 2008 dan 2009 untuk digunakan bagi membayar hutang judinya.
Peguam Mariam, Max Mallin, memberitahu Mahkamah Tinggi, Fatimah mengaku mengambil ‘secara salah’ kedua-dua barang kemas berkenaan ketika ia disimpan di rumah anak guamnya di Kensington, ketika disoal siasat polis di Brunei. 

Beliau bagaimanapun menambah, Fatimah sekarang mendakwa bahawa dia ‘dipaksa’ membuat pengakuan. 

“Fatimah berkata, dia diarahkan oleh Mariam agar menjual berlian berkenaan untuk membayar hutang judi bekas permaisuri itu sendiri tetapi menggunakan nama pengawal peribadinya. 

Mahkamah juga diberitahu bahawa anak angkat Mariam, Afifa Abdullah, 26, diperdaya untuk ‘meminjamkan’ Fatimah dua bentuk cincin berlian biru dan kuning, tetapi tidak pernah dikembalikan. 
Afifa berkata, Fatimah meminta untuk meminjam kedua-dua cincin berkenaan dua kali pada November dan Disember 2009, selama beberapa jam dan berjani akan ‘memulangkannya secepat mungkin’. 

“Fatimah memberitahu saya bahawa dia sedang menjalankan satu urus niaga hartanah dan bertanya jika saya boleh meminjamkan barang kemas berharga kepunyaan bonda saya. Ketika itu saya benar-benar percayakannya. Dia seperti sahabat karib saya,” katanya. 

Afifa berkata, Fatimah merayu kepadanya agar tidak memberitahu Mariam, apabila cincin dipinjamnya diganti dengan cincin palsu. 

“Bonda saya panik apabila mendapati bahawa cincin sebenar sudah hilang, manakala sebentuk lagi cincin yang menyerupainya sudah diubah,” katanya. 

Afifa berkata, bondanya tidak memberi izin untuk menyerahkan berlian berkenaan kepada tertuduh, sambil menambah bahawa beliau mendapat tahu bahawa Fatimah mengaku mencuri barang kemas itu di Brunei. 

Fatimah yang tidak hadir pada perbicaraan berkata, dia tidak diwakili peguam kerana kekurangan wang, juga dituduh mengambil gelang berlian daripada majikannya pada 2008 sebelum menjualnya. 

Mariam mengemukakan saman ganti rugi bagi nilai penuh gelang tangan itu dan mengemukakan satu lagi kes menuntut cincin berlian biru dan kuning itu dikembalikan daripada seorang peniaga yang dikatakan membelinya di Geneva.– Agensi
'via Blog this'

No comments: