Pages

Thursday, March 8, 2012

Baling selipar, bekas imam dipenjara setahun

Berita Harian Online | Baling selipar, bekas imam dipenjara setahun:PUTRAJAYA: Seorang bekas imam yang bertindak membaling sepasang selipar ke arah tiga hakim dihukum penjara selama setahun oleh Mahkamah Persekutuan hari ini setelah didapati bersalah menghina mahkamah. 

Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin yang mempengerusikan tiga panel hakim itu, berkata hukuman berkenaan adalah setimpal dengan tindakan Hoslan Hussin, 46, yang menjatuhkan maruah institusi kehakiman.
Beliau berkata, kesalahan yang dilakukan Hoslan adalah serius, tidak boleh dibiarkan serta perlu dibendung.
"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun. 

"Mahkamah yang ada bidang kuasa perlu dihormati oleh semua pihak. Perlu dinyatakan bahawa tindakan prosiding yang diambil di dalam kes ini (menghina mahkamah) bukan untuk melindungi maruah kami secara peribadi tetapi adalah untuk melindungi maruah dan kewibawaan mahkamah yang mulia ini dalam sistem kehakiman di negara ini. 

"Mahkamah perlu menjatuhkan hukuman setimpal dan berbentuk pencegahan untuk kepentingan awam," kata Hakim Zulkefli. - BERNAMA 
'via Blog this'

1 comment:

mangchikla said...

'"Kamu sebagai pesalah, jika tidak dikenakan tindakan akan boleh menggugat kuasa mahkamah dan boleh menjatuhkan maruah mahkamah. Apa-apa kritikan yang hendak dibuat terhadap hakim hendaklah dibuat dengan munasabah dan baik, bukan dengan cara mengugut dan maki hamun. '

Patutla nabi kate dari 3 org hakim , 2 masuk neraka. Tak boleh nak beza antara org yg berpelajaran dgn tidak. Yg menjatuhkan martabat kehakiman adalah engko org sendiri bukan nye mamat tu. Punyer bnyk kes yg korang kendali sumer keputusan menjatuhkan 'martabat' korang. Bunuh tak perlu motif la , kemende la. Mamat tu org biasa ade anak bini yg perlu diberi makan, kais pagi makan pagi dan kias petang makan petang. Ade org yg perangai lebih teruk dari mamat ni ko bagi denda je. Bukan aku menyebelahi mamat ni, tapi hukuman yg dijatuhkan tak setimpal dgn kesalahan . Semoga Allah memberikn pahala dan perlindungan pada die sekeluarga ameen. Setakat pakai baju kot je korang ni...