Pages

Thursday, March 8, 2012

Nato bantu pemberontak

myMetro | Nato bantu pemberontak:NEW YORK: Dokumen didedahkan laman sesawang WikiLeaks menunjukkan, tentera Nato diketuai Amerika Syarikat kini beroperasi secara sulit di Syria bagi menjatuhkan kerajaan negara itu.
Berdasarkan e-mel rahsia daripada seorang penganalisis firma perisikan berpangkalan di AS, Stratfor, dia mendakwa menghadiri mesyuarat dengan beberapa pegawai Nato dari Perancis dan Britain di Pentagon Disember tahun lalu.

Kata penganalisis itu, dia diberitahu tentera Nato kini ada di Syria untuk melatih kumpulan bersenjata.
“Pasukan SOF (tentera operasi khas dipercayai membabitkan anggota dari AS, Britain, Perancis, Jordan dan Turki) berada di Syria dengan memberi tumpuan kepada misi meninjau dan melatih pemberontak,” katanya.

Penganalisis Stratfor itu berkata, rancangan Nato adalah melakukan serangan gerila dan melaksanakan pembunuhan bagi menggulingkan kerajaan Syria.

Pendedahan itu dibuat selepas pakatan tentera Barat menafikan mereka menghantar anggota masing-masing ke Syria.
Pada masa sama, kumpulan bersenjata di Syria juga baru-baru ini mengaku menerima kelengkapan ketenteraan dari Perancis dan Britain untuk membolehkan mereka menyerang tentera kerajaan.

Kelmarin, Presiden Syria, Bashar al-Assad, berkata rakyat negara itu berazam menumpaskan kumpulan pengganas dan terus melaksanakan reformasi.
Katanya, tentera asing kini cuba menjatuhkan kerajaan Syria.

Sejak kekacauan berlaku pertengahan Mac tahun lalu, ratusan orang, termasuk anggota keselamatan, terbunuh di Syria. - Press TV

'via Blog this'

No comments: