Pages

Thursday, March 8, 2012

Terkejut segelas air sejuk RM1.50

Berita Harian Online | Terkejut segelas air sejuk RM1.50:   FARID  menunjukkan resit harga segelas air sejuk RM1.50  yang diterima    dari sebuah premis  R&R Tapah, Perak arah selatan.
FARID menunjukkan resit harga segelas air sejuk RM1.50 yang diterima dari sebuah premis R&R Tapah, Perak arah selatan.
MELAKA TENGAH: Segelas air sejuk berharga RM1.50. Itu harga terpaksa dibayar seorang pelajar, Farid Hariri Yusof, 22, bagi segelas minuman itu di sebuah premis di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Lebuh Raya Utara Selatan arah Selatan, baru-baru ini. 

Beliau yang singgah bersama keluarga di perhentian itu kira-kira jam 8 pagi pada 4 Mac lalu selepas menghadiri majlis perkahwinan sepupu di Simpang Pulai, Perak terperanjat apabila dikenakan harga itu bagi segelas air sejuk.
Ketika ditemui di kediamannya di Taman Rumpun Bahagia, Bachang, di sini, semalam, beliau berkata, kadar caj berkenaan sebagai melampau dan tidak masuk akal, berbanding dengan kos sebenar penyediaan minuman itu yang kebiasaan hanya antara 20 hingga 30 sen.
“Pada mulanya saya mahu membeli sebotol air mineral kecil sejuk di perhentian itu, tetapi kedai berkenaan tidak menjualnya. Selepas itu, saya memesan segelas air sejuk bersama dua kopi O panas dan secawan teh tarik untuk ahli keluarga yang lain. 

“Ketika mahu membayar di kaunter, saya terkejut apabila terpandang pada skrin yang memaparkan harga segelas air kosong itu dicaj RM1.50. Saya kemudian meminta resit daripada juruwang berkenaan dan memeriksanya jika tersilap kira. 

“Namun, bila saya lihat pada resit itu ia adalah benar. Lalu saya bertanya kepada juruwang itu mengenai harga luar biasa itu. Juruwang berkenaan hanya menyatakan harga itu sudah ditetapkan oleh pengusaha kedai sebelum ini,” katanya. 

Farid memohon supaya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan sewajarnya.
'via Blog this'

No comments: