Pages

Wednesday, February 1, 2012

AS perluas pelan hukum Iran

WASHINGTON: Kecewa dengan kedegilan Iran terhadap tekanan global untuk menghentikan program nuklearnya, ahli politik utama Amerika Syarikat semalam menggariskan pelan sekatan ekonomi dan politik tambahan baru ke atas Teheran.

Pengerusi Jawatankuasa Perbankan Senat Demokrat, Tim Johnson, dan pemimpin panel itu dari Republikan, Richard Shelby, berkata mereka akan mengundi untuk “Akta Sekatan, Akauntabiliti dan Hak Asasi Manusia Iran” pada Jumaat ini.


Menurut Johnson, Iran terus berdegil terhadap tanggungjawab perundangan antarabangsa dan keengganan mendedahkan program nuklearnya mendorong pemimpin serta negara itu dipulaukan lagi.

Shelby pula berkata, akta berkenaan akan memberi isyarat jelas kepada Iran supaya meninggalkan program senjata nuklearnya.


“Iran juga mesti menghentikan rancangannya menyebarkan keganasan antarabangsa,” katanya.


Melalui akta itu, sekatan ekonomi dan politik sedia ada akan diperluas ke atas individu dan firma yang menjalankan perniagaan dengan Iran atau dilihat membantu republik berkenaan memajukan program nuklearnya.

Langkah itu mewajibkan larangan perjalanan ke AS dan membekukan aset individu serta firma yang menyediakan teknologi untuk Teheran - daripada peluru getah hingga peralatan perisikan - yang digunakan untuk menekan penentang kerajaan.


Ia juga akan mengetatkan sekatan ke atas Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC), termasuk larangan perjalanan ke AS, pembekuan aset dan menyasarkan “sesiapa yang membantu secara material pasukan tentera elit itu.

Ia memerlukan firma yang bersaing untuk memperoleh kontrak kerajaan AS mendapat pengesahan bahawa mereka dan anak syarikat tidak menjalankan sebarang transaksi signifikan dengan IRGC atau sebarang entiti yang berkaitan dengannya.


Akta terkini itu juga membolehkan Presiden Barack Obama mengenakan sekatan baru ke atas mana-mana eksekutif kanan sesebuah firma yang berdepan dengan sekatan atas tindakan mereka berurusan dengan Iran.


Sekatan juga boleh dikenakan ke atas pemegang saham utama firma itu. - AFPmyMetro | AS perluas pelan hukum Iran:

'via Blog this'

No comments: