BANDAR RAYA GAZA: Tentera udara Israel menyerbu sebuah kem latihan Hamas di Semenanjung Gaza semalam.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa berlaku, kata saksi.
Sasaran serangan ialah kem pelarian Gaza di Nusseirat.
Tentera Israel sebelum ini mendakwa. aktivis Palestin melepaskan tembakan roket ke selatan wilayah rejim Zionis itu dari Semenanjung Gaza sejak beberapa hari lalu.
Sebuah kumpulan serpihan Salafi mendakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan itu.
Walaupun wujud gencatan senjata tidak rasmi antara Hamas dan Israel, ketegangan memuncak secara berkala di sempadan Gaza-Israel, dengan pejuang Palestin melepaskan tembakan roket ke arah wilayah yang dijajah Zionis dan tentera Israel melancarkan serangan balas lebih ganas. - AFP
No comments:
Post a Comment