Pages

Monday, September 10, 2012

Muat naik foto kurang sopan untuk ajar bekas kekasih




         
BANDAR SERI BEGAWAN: Satu kes “dendam asmara” timbul di mahkamah di mana seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun mengaku bersalah memuat naik foto bekas teman wanitanya di rangkaian laman sosial Facebook selepas wanita itu memutuskan hubungan mereka.

Penganggur, Muhammad Syakirin Hamdani mengaku di depan Majistret Kanan Pangeran Masni Pangeran Bahar di mahkamah, dia memuat naik foto teman wanitanya memakai korset untuk “mengajarnya” kerana mengakhiri hubungan mereka. - Brunei Times

No comments: