BANGKOK: Seorang kanak-kanak sembilan tahun kehilangan kaki kirinya dalam letupan bom ketika bermain dengan rakannya di daerah Rangae di Narathiwat pagi semalam.
Pegawai polis bertugas, Leftenan Santhiti Thongchan berkata, dia dimaklumkan mengenai insiden itu kira-kira jam 10.40 pagi.
Hasil siasatan mendapati, Muhamad Safik Late, 9, dan dua rakannya sedang berjalan dari Ban Bangoto di Jalan Tanyongmas-Dusongyo di Bango Sate, Rangae untuk membeli makanan ringan. Muhamad terpijak sebutir bom yang ditanam di permukaan jalan itu.
Kaki kirinya terputus dalam letupan itu tetapi dua rakannya tidak cedera.
Sebelum itu pada hari sama, dua lelaki ditembak mati di daerah Chanae, Narathiwat. - Bangkok Post

No comments:
Post a Comment