OTTAWA: Kanada menutup kedutaannya di Teheran dan mengarahkan duta Iran diusir, sekali gus memutuskan hubungan diplomatik dengan negara itu, semalam.
Tanpa merujuk sebarang insiden yang mendorong keputusan itu, Menteri Luar Kanada, John Baird, menuduh Iran “ancaman terbesar kepada keamanan dunia.” Ottawa juga mengecam sokongan Teheran terhadap rejim Presiden Bashar al-Assad selain galakannya terhadap “pembunuhan beramai-ramai ke atas Israel.” “Kerajaan bimbang keselamatan kakitangannya yang terbabit dalam misi diplomatik di Teheran.
“Kanada melihat Iran sebagai ancaman besar kepada keamanan global. katanya. - AFP
1 comment:
Kaedah menutup kerjasama dgm Iran. Konon tidak bersetuju dgn Iran, ttp di belakang saling bertukar senyuman.
Post a Comment