Wen Jiabao
Gempa yang melanda kawasan barat daya China, kelmarin, turut menyebabkan kemusnahan infrastruktur yang teruk.
BEIJING - Sekurang-kurangnya 80 dilaporkan terkorban dalam kejadian gempa berkembar berukuran antara 5.6 dan 5.7 skala Richter yang menggegar kawasan pedalaman serta pergunungan barat daya China, menurut agensi berita Xinhua, semalam.
Dalam laporan awal, kelmarin, seramai 67 dilaporkan terbunuh manakala 731 lagi cedera dalam kejadian di sempadan Yunnan dan Guizhou itu.
Jumlah kematian dijangka meningkat kerana keadaan infrastruktur yang musnah teruk menyukarkan pihak berkuasa untuk memperoleh angka tepat pada masa ini.
Sementara itu, Perdana Menteri China, Wen Jiabao turut melawat tempat kejadian dan bertemu dengan mangsa yang terselamat.