Pages

Sunday, September 9, 2012

Korban gempa naik 89 orang




Penduduk yang cedera akibat gemba bumi diberi rawatan di kawasan lapangan di Yiliang, semalam. - AFP
BEIJING 8 Sept. - Pasukan penyelamat menghadapi kesukaran untuk menjalankan usaha menyelamat kerana laluan ke kawasan bencana terputus akibat runtuhan batu selepas dua gempa bumi melanda barat daya China, semalam.
Angka korban gempa di wilayah itu kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 89 orang dan beratus-ratus lagi cedera, awal hari ini.
Pegawai-pegawai bimbang angka korban akibat gempa yang melanda kawasan pergunungan di pedalaman sepanjang sempadan wilayah Guizhou dan Yunnan itu akan meningkat.
Lebih 100,000 penduduk telah dipindahkan selepas gempa memusnahkan beribu-ribu kediaman dan menyebabkan batu-batu besar yang runtuh menutupi laluan ke kawasan bencana dan turut menjejaskan komunikasi, semalam.

No comments: