Pages

Thursday, August 9, 2012

Iran tawar bantuan tumpas pemberontak Syria

ALEPPO: Iran menawarkan sokongan kepada Presiden Syria, Bashar al-Assad ketika tenteranya cuba menumpaskan kumpulan pemberontak yang menguasai sebahagian besar bandar ini.
Ketua Majlis Tertinggi Kebangsaan Iran, Saeed Jalili memberitahu televisyen Syria, Iran tidak akan membenarkan hubungan rapatnya dengan kerajaan Syria digugat oleh kebangkitan rakyat atau musuh luar.

Agensi Iran, Fars pula melaporkan, Saeed memberitahu Bashar bahawa negaranya bersedia membekalkan bantuan kemanusiaan kepada Syria.
Pertemuan Saeed dengan Bashar itu disiarkan oleh televisyen Iran. Ia kali pertama Bashar muncul di televisyen dalam masa dua minggu dan sehari selepas televisyen Syria menyiarkan rakaman perdana menteri sementara baru negara itu mempengerusikan mesyuarat Kabinet yang diadakan secara tergesa-gesa.

Penyiaran mesyuarat berkenaan dilihat bertujuan menyangkal laporan bahawa beberapa menteri lain menyertai tindakan Perdana Menteri, Riyad Hijab yang berpaling tadah Isnin lalu.

Sementara itu, Assad meningkatkan kekuatan tenteranya sebagai persediaan untuk menawan semula beberapa daerah yang dikuasai pemberontak. - AFP

No comments: