Penghuni beragama Islam yang menginap di tingkat 80 hingga 160 di Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) terpaksa menunggu beberapa minit selepas azan untuk berbuka puasa, mengikut fatwa yang baru dikeluarkan beberapa minggu lalu.
Mereka yang menginap di bangunan pencakar langit itu kini perlu menyesuaikan waktu solat dan puasa mengikut tingkat yang didiami. Ketua Pusat Iftar Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Jabatan Kebajikan, Dr Ahmed Al Haddad berkata, bangunan Burj Khalifa, setinggi lebih 829 meter dengan 164 aras itu perlu dibahagikan kepada tiga waktu berlainan untuk berbuka puasa.
Beliau berkata, ketiga-tiga segmen itu berdasarkan keadaan matahari terbit dan terbenam.
“Mereka yang tinggal di aras 80 dan ke bawah, waktu berbuka puasa sama seperti orang lain manakala yang tinggal di antara aras 80 dan 150, bermula pada ketinggian kira-kira 414 meter tinggi, waktu berbuka dan solat lima waktu lewat dua minit selepas azan berkumandang,” katanya.
Menurutnya, bagi penghuni yang menginap di aras 150 ke atas, dan lebih daripada 800 meter mesti melambatkan tiga minit waktu berbuka puasa serta solat.
Dr Al Haddad berkata, waktu sahur dan imsak juga perlu mengikut panduan yang telah diberikan.
“Fatwa ini berdasarkan formula kedudukan lebih tinggi bermakna akan mengambil masa lebih untuk melihat matahari terbenam kerana tahap penglihatan adalah jauh lebih tinggi, dan ia juga diguna pakai di beberapa lokasi binaan pencakar langit lain termasuk ketika berada dalam penerbangan,” katanya.
Mohammed Badr, 37, berasal dari Mesir yang tinggal di aras 61 bangunan itu turut berasa terkejut dengan fatwa baru tersebut.
“Tidak terlintas di fikiran saya bahawa jika seseorang itu tinggal di aras paling tinggi akan mengalami perbezaan waktu solat, bersahur dan berbuka,” kata Mohamed yang menyambut Ramadan buat kali pertama bagi tahun ini sejak berpindah ke bangunan itu selepas ia dibuka secara rasmi pada 4 Januari 2010.
Sementara itu, fatwa lain yang dikeluarkan oleh Pusat Fatwa Abu Dhabi dan Dubai, termasuk membenarkan wanita menggunakan pil bagi melambatkan kedatangan haid semasa Ramadan untuk membolehkan mereka berpuasa cukup sebulan.
“Selagi tiada kesan berbahaya kepada kesihatan, wanita dibenarkan mengambil pil ini untuk membantu mereka berpuasa tanpa gangguan akibat haid,” katanya.
Satu lagi fatwa berkaitan Ramadan yang dikeluarkan oleh UAE adalah penggunaan pelekat nikotin khusus dibenarkan untuk perokok kerana ia dapat mengurangkan ketagihan.
Kedua-dua fatwa turut berkaitan dengan kepentingan niat di sebalik apa-apa keputusan yang diambil pada bulan Ramadan.
INFO Fatwa bersahur dan iftar di Burj Khalifa
Penghuni di tingkat 1-80; waktu sahur,
berbuka dan solat sama seperti ditetapkan.
Penghuni di tingkat 80-150; waktu sahur,
berbuka dan solat dilewatkan dua minit.
Penghuni di tingkat 150- 160; waktu sahur,
berbuka dan solat dilewatkan tiga minit.
INFO Burj Khalifa
Tinggi: 829.84 meter
Jumlah aras: 164
Mula dibina: Januari 2004
Tahun Siap: 2010
Harga: AS$ 1.5 bilion (RM4.7b)
ARAS KEGUNAAN
160 ke atas Bilik mekanikal
156–159 Menara komunikasi
dan penyiaran
155 Bilik mekanikal
139–154 Suite korporat
136–138 Bilik mekanikal
125–135 Suite korporat
124 Balai cerap
123 Lobi
122 Restoran
111–121 Suite korporat
109–110 Bilik mekanikal
77–108 Kediaman
76 Lobi
73–75 Bilik mekanikal
44–72 Kediaman
43 Lobi
40–42 Bilik mekanikal
38–39 Hotel Armani
19–37 Kediaman Armani
17–18 Bilik mekanikal
9–16 Kediaman Armani
1–8 Hotel Armani
Hotel Armani
Aras bawah Hotel Armani
B1–B2 Parkir dan mekanikal

No comments:
Post a Comment