TRIPOLI - Bekas pegawai risikan Libya, Abdel Baset al-Megrahi, yang disabitkan kesalahan meletupkan pesawat di Lockerbie pada 1988, menyebabkan 270 orang terbunuh, meninggal dunia di sini, hari ini.
Abdel Baset, satu-satunya individu disabitkan bersalah berhubung letupan pesawat itu, di ruang udara Scotland.
Dia dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tripoli, ibu negara Libya.
Abdel Baset, 60, disabitkan bersalah oleh mahkamah khas di Belanda pada 2001.
Dia dibebaskan dari penjara pada 2009 atas dasar belas kasihan. Ketika itu Abdel Baset dilaporkan bertarung dengan penyakit kanser dan hanya akan hidup beberapa bulan.
Ketika pulang ke Libya dia menerima sambutan sebagai hero, ketika itu negara itu dipimpin oleh Muammar Gaddafi,
Muammar digulingkan dari kuasa tahun lalu.
Sesetengah pihak percaya Abdel Baset tidak bersalah atas tuduhan yang dikenakan.
Abdel Baset juga mempertahankan dia tidak bersalah meskipun dunia Barat mengenakan tekanan ke atas Libya.
Pada ulang tahun kedua pembebasan, kerajaan Scotland menegaskan keputusan membebaskannya adalah wajar.
Bagaimanapun Perdana Menteri Britain, David Cameron mengkritik pembebasannya sebagai "kesilapan besar" manakala Timbalan Perdana Menteri, Nick Clegg pula berkata, beliau mahu melihat Abdel Baset kembali ke penjara.
Pesawat itu, Boeing 747 yang membawa 259 orang termasuk anggota krew meletup ketika dalam penerbangan dari London ke New York. Tujuh orang awam di lokasi kejadian turut terbunuh

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment