Pages

Monday, May 21, 2012

Empat maut, 50 cedera di Itali


SEBUAH bangunan rosak akibat gegaran gempa bumi di wilayah Modena, Itali semalam.


BOLOGNA - Satu gempa bumi kuat yang berukuran 6.0 pada skala Richter melanda kawasan perindustrian di timur laut Itali semalam.
Seramai empat orang terbunuh dan 50 lagi cedera manakala sejumlah rumah serta gereja rosak akibat gegaran gempa bumi.
Ribuan orang berlari ke jalan raya di beberapa buah bandar dari wilayah Emilia-Romagna hingga ke Venice.
Pihak berkuasa menyatakan, pusat gempa bumi ialah 35 kilometer ke utara Bologna dengan kedalaman lima kilometer.
Gempa bumi itu berlaku pada pukul 4.04 pagi.
Seorang lelaki berusia 29 tahun dari Maghribi turut terbunuh selepas sebuah bangunan kilang runtuh di bandar Ponte Rodoni di Bondeno.
Dua pekerja juga terbunuh apabila bumbung sebuah kilang seramik di Sant-Agostino runtuh.
Seorang wanita meninggal dunia dekat Bologna selepas dia dilaporkan diserang sakit jantung.
"Saya berasa amat takut, semua penduduk kampung keluar ke jalan-jalan raya selepas gegaran gempa bumi.
"Gegaran yang kedua menyebabkan ramai penduduk berlindung di dalam kereta," kata Datuk Bandar Ostiglia, Umberto Mazza. - Agensi

No comments: