MINUSINSK, Rusia - Seorang pemuda berusia 23 tahun, Yegor Konkin mengumpul 50 ekor labah-labah berbisa pelbagai spesies sejak dua tahun lalu.
Dia menjadikan haiwan itu sebagai serangga peliharaan.
Konkin meletakkan labah-labah itu di dalam beberapa bekas plastik di rumah ibu bapanya di sini, 425 kilometer ke selatan bandar Krasnoyarsk.
Bisa labah-labah itu boleh menyebabkan manusia dan haiwan lain mati.
Selain labah-labah, dia turut menjadikan kala jengking sebagai serangga peliharaan. - REUTERS
No comments:
Post a Comment