Pages

Monday, May 21, 2012

‘Tak senang’ dengan menteri Zionis

myMetro | ‘Tak senang’ dengan menteri Zionis:

VIENNA: Menteri Pertahanan Austria, Nobert Darabos semalam menyelar Menteri Luar Israel, Avigdor Lieberman dengan menyifatkannya sebagai ‘tidak menyenangkan.’
Dalam temuramah dengan akhbar Die Presse semalam, Darabos berkata, Lieberman ‘tidak menyenangkan’ selaku anggota kerajaan Israel.

Menteri Pertahanan Austria itu juga berkata, beliau yakin ancaman Israel untuk menyerang Iran adalah keterlaluan.
“Serangan terhadap kemudahan program nuklear Iran akan menyebabkan peperangan di seluruh rantau itu hingga tidak ada orang yang akan dapat mengawalnya.

“Ini akan menarik sokongan kepada Iran, termasuk daripada negara Arab yang selalunya mengkritik Teheran,” kata Darabos.

Israel, yang dipercayai menjadi satu-satunya negara di Asia Barat yang mempunyai senjata nuklear, berulang kali mendakwa Iran menjadi ancaman kepada kewujudan negara Yahudi itu sekiranya ia juga memiliki senjata nuklear.
Rejim Zionis itu juga mengancam untuk melancarkan serangan terhadap Iran bagi menghalangnya daripada memperoleh senjata berkenaan. - AFP

'via Blog this'

No comments: