MOHAMAD NOOR menunjukkan laporan polis setelah dia merasa ditipu cucu menantunya berjumlah RM37,000, semalam.
Mohamad Noor Awang, 87, dari Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Kampung Tawai, di sini, mendakwa dia tertipu dengan perawakan baik dan kata-kata lelaki itu ketika mereka bertemu di rumah seorang anaknya di Lenggong, Januari lalu.Katanya, lelaki terbabit yang berperwatakan baik dan bekerja di Kuala Lumpur itu mendakwa seorang rakannya ahli perniagaan mahu menjual sebuah kedai dobi di ibu negara.
Pada mulanya, saya enggan mengeluarkan wang itu kerana mahu menggunakannya untuk menunaikan haji tahun depan, tetapi selepas dipujuk rayu saya mengeluarkan wang berkenaan di sebuah bank di Lenggong dan menyerahkan kepadanya.
“Dia mendakwa kekurangan wang dan meminta saya membeli kedai dobi itu atas nama saya serta memberi jaminan saya akan memperoleh keuntungan antara RM5,000 hingga RM6,000 pada bulan pertama (Januari lalu).“Pada mulanya, saya enggan mengeluarkan wang itu kerana mahu menggunakannya untuk menunaikan haji tahun depan, tetapi selepas dipujuk rayu saya mengeluarkan wang berkenaan di sebuah bank di Lenggong dan menyerahkan kepadanya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.
Mohamad Noor berkata, lelaki terbabit memintanya supaya tidak menceritakan perkara itu kepada empat anaknya yang lain, kononnya untuk memudahkan urusan perniagaan berkenaan nanti.
Katanya, dia kemudian mengeluarkan wangnya dua kali di bank iaitu RM25,000 pada 10 Januari dan RM12,000 keesokannya yang diuruskan lelaki berkenaan.
“Dia berjanji akan datang mengambil saya tiga hari kemudian untuk dibawa ke Kuala Lumpur bagi melihat sendiri kedai dobi milik saya itu, tetapi sehingga sekarang dia tidak muncul,” katanya.
Mohamad Noor yang tinggal sendirian di rumahnya selepas kematian isteri, Rogayah Md Taha sejak 12 tahun lalu berkata, dia nekad pergi ke ibu negara berseorangan untuk mencari cucu menantunya bagi melihat kedai dobinya, tetapi gagal mencari rumah cucu perempuannya dan lelaki berkenaan.
“Selama 13 hari di Kuala Lumpur, saya hanya tidur di kaki lima jalan dan di tepi kedai, di samping berusaha menghubungi cucu perempuan saya yang berjanji mahu menjemput saya.
“Dia menghubungi suami kepada cucunya itu tetapi mendakwa berada di Sabah atas urusan kerja dan lambat pulang ke Semenanjung. Selepas hampa, saya pulang ke Gerik serta memberitahu beberapa anak saya yang lain dan mereka terkejut dengan tindakan suami cucu saya itu kerana menipu.
“Dua bulan lalu, saya ada menghubungi lelaki itu tetapi dia memberitahu sudah tidak jadi membeli kedai dobi berkenaan sebaliknya mendakwa membeli sebuah kedai makan di Rawang, Selangor.
“Lebih mengejutkan, dia meminta supaya saya tidak mengganggu urusan perniagaan itu kerana jika sebaliknya, mungkin wang yang saya beri akan hilang begitu saja,” katanya.
Mohamad Noor berkata, dia membuat dua laporan di Balai Polis Lenggong berhubung kes itu iaitu pada akhir Januari dan 24 April lalu.
“Wang itu saya simpan untuk ke Makkah. Jadi, saya merayu cucu menantu saya memulangkan semula wang yang diambilnya supaya saya dapat menunaikan fardu haji ke Makkah tahun depan,” katanya.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment