Pages

Wednesday, May 23, 2012

CEO Apple gaji tertinggi

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


NEW YORK 22 Mei - Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook mengungguli senarai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di Amerika Syarikat (AS) dengan menerima gaji paling tinggi pada tahun lalu.
Saham Apple menjadi pilihan yang meletakkannya mengatasi pencabar terdekatnya lebih AS$300 juta (RM937 juta).
Kaji selidik oleh Wall Street Journal, semalam mendapati Cook yang menerajui pembuatan iPhone dan iPad pada Ogos tahun lalu, dua bulan sebelum kematian pengasas Apple, Steve Jobs memperolehi pendapatan tahunan keseluruhan berjumlah AS$378 juta (RM1.1 bilion).
Beliau memperolehi sebanyak AS$900,000 (RM2.8 juta) untuk gaji tahunannya dan AS$900,000 lagi untuk insentif tahunan.
Namun, dia mengaut sehingga AS$376 juta (RM1.1 bilion) dalam bentuk geran saham terhad berdasarkan harga saham Apple pada ketika itu.
Ketua Oracle, Larry Ellison yang juga merupakan syarikat gergasi di Lembah Silikon berada di tempat kedua, kurang lima kali ganda berbanding pendapatan Cook iaitu sebanyak AS$76 juta (RM237 juta).
Kajian yang dikendalikan oleh Hay Group untuk majalah itu meliputi 300 syarikat besar di AS berdasarkan pendapatan yang diperolehi.
Ketua Penyiaran Televisyen CBS, Leslie Moonves menduduki tempat ketiga dengan gaji sebanyak AS$69 juta (RM215 juta) diikuti Ketua Eksekutif JCPenney, Ronald Johnson dengan pendapatan sebanyak AS$53 juta (RM165 juta).
Ketua Motorola Mobility, Sanjay Jha pula di tempat kelima dengan gaji sebanyak AS$47 juta (RM146 juta) diikuti ketua kumpulan Citigroup, Viacom, Motorola Solutions, Walt Disney, dan Ford Motor yang meraih gaji purata AS$29 juta (RM89.9 juta). - AFP

'via Blog this'

No comments: