LONDON: Seorang remaja menyaksikan sendiri bagaimana kakaknya dibunuh ibu bapa mereka kerana cara hidup bebas mangsa ‘memalukan’ keluarga berkenaan.
Dalam keterangannya, Alesha Ahmed, kini 23, berkata kakaknya, Shafilea tidak dapat bernafas apabila ibu bapa mereka menyumbat beg plastik sampah ke mulutnya.
Tindakan itu didakwa dilakukan pasangan suami isteri Iftikhar dan Farzana Ahmed, di rumah mereka di Warrington pada September 2003.
Mayat remaja itu dibuang di sebatang sungai berhampiran Sedgwick, Cumbria.
Insiden itu dikatakan dilihat Alesha tetapi ia dirahsiakan selama tujuh tahun.
Peguam, Andrew Edis, memberitahu hakim mahkamah Chester semalam, Alesha menggambarkan insiden itu sebagai paksaan melemaskan Shafilea.
Kata Edis, Alesha akan menceritakan kepada mahkamah bagaimana Iftikhar dan Farzana berada di dapur rumah mereka menggunakan beg sampah dan pita pelekat untuk membungkus mayat Shafilea.
“Dia melihat ke luar melalui tingkap dan nampak bapanya membawa objek besar berbungkus yang diyakini mayat kakaknya,” katanya.
Alesha kemudian mendengar sebuah kereta dipandu keluar dari kawasan rumah mereka.
Mayat Shafilea yang reput ditemui di Cumbria pada Februari 2004 tetapi Alesha hanya membuka mulut mengenai insiden itu pada 2010.
Bercakap kepada juri, Edis berkata, Alesha ditahan pada 2010 atas pembabitan merompak rumah ibu bapanya.
Dalam rompakan itu, tiga lelaki bertopeng mengikat Farzana dan tiga anaknya, termasuk dua perempuan.
“Enam hari kemudian, Alesha memberitahu polis, ibu bapanya membunuh Shafilea,” katanya.
Menurut Edis, Alesha mungkin sengaja merahsiakan maklumat itu demi menjaga nama baik keluarga dan mendedahkannya selepas hubungan dia dan ibu bapa bermasalah.
Alesha - kini diletakkan dalam perlindungan - menunggu hukuman atas kesalahan merompak.
Kata Edis, keterangan Alesha itu mungkin kebenaran yang mengejutkan atau “sengaja dicipta untuk melindungi dirinya.” “Alesha mendakwa, dia dibuang keluarga atas apa yang dilakukan dan hidupnya haru-biru kerana itu,” katanya.
Pasangan Iftikhar, 52, dan Farzana, 49, menafikan tuduhan itu. - DM
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment