Pages

Wednesday, May 23, 2012

Pendam nafsu dalam diam

myMetro | Pendam nafsu dalam diam:

KUALA LUMPUR: Bukan saja menyamun wang tunai, cincin emas dan komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM4,000, malah seorang lelaki berusia lewat 30-an turut melarikan seluar dalam milik pekerja sebuah salun di Setapak, di sini, selepas merogolnya, kelmarin.
Difahamkan, lelaki terbabit melarikan seluar dalam mangsa berusia 37 tahun itu dipercayai untuk dijadikan koleksi peribadi.

Dalam kejadian jam 8 malam itu, lelaki terbabit dilaporkan mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali selepas merogolnya.
Mangsa yang diselamatkan majikannya sejam kemudian membuat laporan di Balai Polis Setapak, di sini.

Menceritakan kejadian itu, sumber berkata, lelaki itu datang ke kedai mangsa dengan berpura-pura mahu membuat rawatan muka.

“Mangsa yang tidak mengesyaki niat jahat lelaki terbabit mengarahkannya masuk ke bilik rawatan,” katanya memberitahu ketika kejadian, mangsa bersendirian di kedai berkenaan.
Sumber berkata, lelaki itu bertindak agresif dengan mencekik leher mangsa sebelum mengugut untuk membunuhnya.

“Mangsa yang cuba melawan dipukul. Ketika itu, mangsa menangis dan merayu dikasihani.
“Rayuan mangsa tidak diendahkan sebaliknya diarah menanggalkan pakaian sebelum merogolnya,” katanya.

Katanya, selepas merogol mangsa, lelaki terbabit mengikat kedua-dua tangan mangsa menggunakan tali sebelum menggeledah kedai berkenaan.

“Selepas mengambil semua barangan berharga, lelaki itu kembali kepada mangsa dan mengambil seluar dalamnya.

“Lelaki itu mendakwa mahu menjadikan seluar dalam mangsa sebagai koleksi peribadi,” katanya.

Sejam kemudian, majikan mangsa pulang ke kedai berkenaan sebelum mendapati pekerjanya itu berada dalam keadaan bogel dan terikat.

Mangsa menceritakan kejadian terbabit sebelum dibawa ke balai polis berhampiran.

Sumber berkata, antara barangan berharga dilarikan ialah wang RM500, komputer riba dan cincin emas.

Difahamkan, sehingga kini, polis belum menahan suspek, namun usaha memburunya giat dijalankan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan memberitahu siasatan lanjut dilakukan.

'via Blog this'

No comments: