Pages

Friday, May 18, 2012

Jet Turki pintas pesawat Israel

ISTANBUL: Turki mengerahkan jet penggempur untuk memintas sebuah pesawat Israel yang mencabul ruang angkasa utara Cyprus baru-baru ini.
Kejadian Isnin lalu berlaku serentak dengan ketegangan di Cyprus berhubung rancangan mencari gali minyak di pulau Mediterranean itu yang boleh menjejaskan usaha PBB untuk menyatukan semula pulau berkenaan.

‘Sebuah pesawat Israel, modelnya tidak dapat dikenalpasti, mencabul ruang angkasa Republik Turki Cyprus Utara (KKTC) sebanyak lima kali.

“Kami mengerah pesawat pejuang 2XF-16 yang berpangkalan di Incirlik untuk mengusir pesawat itu dari ruang angkasa KKTC,” menurut kenyataan markas pemerintah tentera Turki, semalam. Turki mempunyai kira-kira 30,000 tentera di utara Cyprus dan menjadi satu-satunya negara yang mengiktiraf KKTC. - AFP

No comments: