Pages

Friday, May 18, 2012

Restoran untuk pelanggan buta



DUA pelanggan buta keluar dari restoran untuk golongan itu di Kathmandu pada 12 Mei lalu.


KATHMANDU - Sebuah restoran yang pertama untuk pelanggan buta dibuka di sini pada awal minggu lalu.
Restoran itu yang mempunyai 16 kerusi turut mempunyai para pelayan yang buta.
Para pelayan buta itu memberikan panduan kepada para pelanggan untuk menuju ke meja makan.
Pelanggan juga diberitahu oleh pelayan yang buta tentang makanan yang disediakan di restoran itu.
Restoran itu dibuka dengan kerjasama Persatuan Buta Nepal, sebuah restoran dan Kedutaan Israel. Para pelayan restoran itu diberi gaji sebanyak AS$6 (RM18.67) sehari.
Namun, masakan di restoran itu dimasak oleh tukang masak yang tidak buta.
Seorang wanita dari Sepanyol, Milca Hanukoglu yang tidak buta turut mengunjungi restoran itu bersama suaminya bagi meraikan ulang tahun pertama perkahwinan mereka pada 12 Mei lalu.
"Pada mulanya, kami berasa bimbang tentang makanan dan sama ada pinggan yang dihidangkan itu besar," kata Hanukoglu selepas makan malam dengan suaminya.
Menurutnya, suasana makan malam itu romantik dan terdapat cahaya lilin.
Namun, katanya, persekitaran kelihatan gelap di restoran itu. - Agensi

No comments: