2012/04/08
GAMBAR fail menunjukkan askar Pakistan membawa barangan ke kawasan Himalaya yang menempatkan pangkalan tentera.
ISLAMABAD: Beratus-ratus anggota tentera Pakistan bertungkus-lumus melakukan kerja menggali di pangkalan tentera Gyari dekat glasier Siachen, bagi mencari sekurang-kurangnya 150 askar yang dipercayai tertimbus dalam kejadian salji runtuh semalam. Selepas lebih 12 jam usaha menyelamat secara besar-besaran dijalankan, tiada mangsa ditemui selamat.
"Kami masih menanti dan berharap mendapat berita baik. Tentera, anjing pengesan dan peralatan mekanikal dikerah ke tempat kejadian tetapi masih gagal menghampiri lokasi yang ditimbus salji sedalam 21 meter. Kawasan runtuhan terlalu luas," kata jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas.
“Kami masih menanti dan berharap mendapat berita baik. Tentera, anjing pengesan dan peralatan mekanikal dikerah ke tempat kejadian tetapi masih gagal menghampiri lokasi yang ditimbus salji sedalam 21 meter. Kawasan runtuhan terlalu luas,” kata jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Athar Abbas.Siachen terletak di bahagian utara wilayah Kashmir yang dituntut oleh India dan Pakistan.
Sekurang-kurangnya 150 askar Pakistan dikhuatiri tertimbus hidup-hidup dalam kejadian semalam.
Laporan menyatakan salji runtuh dan menimbus ibu pejabat batalion tentera Pakistan di Gyari, dekat glasier Siachen, kira-kira jam 6 pagi waktu tempatan.
Kejadian itu menimbulkan persoalan mengenai risiko mengerahkan tentera di lokasi yang paling tidak sesuai untuk didiami. Kawasan glasier Siachen dikenali sebagai medan perang paling tinggi di dunia.
India dan Pakistan menempatkan beribu-ribu askar di wilayah itu. Tentera kedua-dua negara berkawal pada ketinggian hingga 6,700 meter (22,000 kaki) kawasan yang dianggap paling mencabar berikutan suhu dingin dan tiupan angin kencang berterusan hingga beberapa bulan.
Perdana Menteri Yousuf Raza Gilani melahirkan rasa terkejut dengan kejadian itu dan menegaskan, kejadian itu tidak akan menjejaskan semangat tinggi tentera. – Reuters
No comments:
Post a Comment