Pages

Thursday, March 15, 2012

Tentera Syria kuasai bandar Idlib

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


DAMSYIK 14 Mac - Tentera Syria hari ini menguasai sepenuhnya bandar Idlib selepas askar pemberontak berundur, sekali gus memberi momentum kepada rejim Presiden Bashar al-Assad untuk menghapuskan pemberontakan bersenjata di negara ini.
Aktivis di bandar itu, Noureddin al-Abdo berkata, tiada pertempuran dilaporkan sejak semalam, sekali gus mengesahkan laporan akhbar tempatan mengenai kejatuhan bandar tersebut selepas tentera kerajaan melancarkan serangan selama empat hari berturut-turut.
"Tentera Pembebasan Syria telah berundur dari bandar itu dan askar rejim melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah," katanya. - AFP

'via Blog this'

No comments: