Pages

Thursday, March 15, 2012

Israel tangkap semula bekas tahanan

myMetro | Israel tangkap semula bekas tahanan:HEBRON: Tentera Israel menangkap semula seorang lagi bekas tawanan yang dibebaskan Oktober lalu dalam perjanjian pertukaran tahanan dengan Palestin, kata Persatuan Tahanan Palestin, semalam.
Pertubuhan itu berkata, mereka dimaklumkan Ezzedine Abu Sneineh, 19, ditahan tentera Zionis di pusat pemeriksaan ketika dia cuba pulang ke rumahnya di Hebron, Ahad lalu.

Sebelum ini, beberapa bekas tawanan Israel yang dibebaskan dalam perjanjian pertukaran tahanan dengan Gilad Shalit, ditangkap semula.
Pada 8 Mac lalu, rejim Zionis menahan Khaled Makhrameh di sebuah kampung Yatta, dekat Hebron, dalam satu daripada operasi mereka.

Haneh Shalabi pula ditahan semula pada 16 Februari lalu di Burqin, Tebing Barat, kononnya kerana disyaki “menjadi ancaman” di kawasan berkenaan.

Haneh membantah penahanan itu dengan melancarkan mogok lapar. - AFP

'via Blog this'

No comments: