KABUL, Afghanistan – Ahli-ahli Parlimen Afghanistan melahirkan rasa marah terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) membawa keluar seorang askar Amerika yang dituduh membunuh 16 orang awam keluar dari negara itu dan dihantar ke Kuwait.
Ahli parlimen Kandahar, Mohammad Naeem Lalai Hamidzai berkata, Kabul tidak perlu menandatangani sebarang perjanjian perkongsian strategik dengan Washington melainkan suspek pembunuhan itu dihadapkan ke muka pengadilan di Afghanistan.
“Perundingan mengenai perjanjian itu akan mengawal kehadiran tentera AS di Afghanistan selepas ramai tentera menarik diri dari berada di negara bergolak itu menjelang akhir 2014. Ketegangan tetap berlaku walaupun sebelum kejadian tembakan ke atas orang awam yang turut membabitkan sembilan kanak-kanak, di selatan wilayah Kandahar pada hari Ahad lalu berlaku,” katanya.
Pembunuhan itu berlaku ekoran bantahan ganas bulan lalu yang dicetuskan oleh tentera Amerika yang membakar kitab suci al-Quran.
Dalam kejadian itu, lebih 30 orang terbunuh dalam demonstrasi itu, manakala tentera Afghanistan bertindak tentera sekutu mereka dengan membunuh enam tentera AS. – AP

'via Blog this'
No comments:
Post a Comment