Pages

Thursday, March 15, 2012

Rejim al-Assad kecam media asing

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Imej dikeluarkan agensi berita Syria (SANA) kelmarin merakamkan mayat dua kanak-kanak ditemui di sebuah rumah di Karm al-Luz, bandar Homs, seramai 15 mayat ditemui di rumah itu yang didakwa dilakukan tentera Syria. - AFP


BEIRUT 14 Mac - Rejim Presiden Bashar al-Assad membidas tindakan media asing yang melancarkan propaganda jahat menuduh tentera Syria melakukan pembunuhan beramai-ramai.
Kumpulan aktivis antirejim pada Isnin lalu menyiarkan satu rakaman video yang menunjukkan berpuluh-puluh mayat wanita dan kanak-kanak yang disyaki dibunuh beramai-ramai oleh tentera rejim di kawasan Karm el-Zaytoun.
Video itu turut menunjukkan imej mengerikan mayat 26 kanak-kanak dan 21 wanita, sebahagian mereka dikelar dan mempunyai kesan tikaman, mendorong pihak pembangkang meminta tentera asing campur tangan di Syria.
Namun, stesen televisyen Syria dalam laporannya mendakwa pembunuhan tersebut dilakukan oleh kumpulan pengganas bersenjata dengan tujuan memburukkan tentera kerajaan pada pandangan antarabangsa.
"Pengganas melakukan jenayah itu demi kepuasan mereka," lapor stesen televisyen terbabit.
Seorang saksi yang ditemubual berkata, kesemua mangsa dibunuh kerana menyatakan sokongan mereka kepada kerajaan.
"Inilah yang dilakukan oleh kumpulan pengganas sebagai memenuhi tuntutan mereka terhadap kebebasan," katanya. - AFP

'via Blog this'

No comments: