Pages

Thursday, March 22, 2012

Tahanan wanita Palestin kritikal


Tahanan wanita Palestin kritikal
TEL AVIV - Seorang tahanan wanita Palestin yang nekad mogok lapar lebih sebulan lalu sebagai membantah tindakan Israel, menjatuhkan hukuman penjara ke atasnya, dilaporkan berada pada tahap kritikal, menurut kenyataan kumpulan hak asasi, kelmarin.

Doktor Ran Cohen berkata, berat badan Hana Shalabi, 30, menyusut sehingga 14 kilogram dan sistem tubuhnya mula terjejas akibat tidak makan untuk tempoh terlalu lama.

“Kami khuatir keadaannya akan menjadi lebih teruk kerana kini dia hanya dipantau di klinik penjara Israel,” menurutnya lagi.

Penyokong kumpulan Jihad Islam itu ditahan tanpa dibicarakan secara adil di bawah sistem tahanan pentadbiran rejim Zionis yang kononnya dikenakan ke atas individu mengancam keselamatan Israel.

Pihak berkuasa penjara menyatakan 20 tahanan Pales­tin lain turut menyertai mogok lapar untuk menyokong Shalabi sejak dua minggu lalu.

Pada awal tahun ini, tahanan Palestin, Khader Adnan menamatkan mogok laparnya selama 66 hari, selepas Israel bersetuju untuk membebaskannya pada bulan depan.

No comments: