BAITULMAQDIS: Sebuah pertubuhan hak asasi manusia berkata, jumlah warga Palestin dibunuh Israel meningkat drastik tahun lalu.
B’Tselem semalam menerbitkan laporan setebal 63 halaman bagi membuktikan seramai 105 warga Palestin dibunuh dalam serangan ganas rejim Zionis ke atas Gaza, manakala 11 yang lain dibunuh tentera Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis “Peningkatan korban itu bukan disebabkan krisis yang semakin teruk, tetapi dijadikan tindakan rutin oleh tentera Zionis,” kata pertubuhan berkenaan.
B’Tselem menyatakan kebimbangannya mereka apabila tiada sebarang tanda menunjukkan keadaan itu akan berubah ketika penjajahan Israel ke atas Palestin memasuki tahun ke-45.
Menurut B’Tselem, sepatutnya situasi itu hanya bersifat sementara tetapi kini tiada sebarang tanda menunjukkan ia akan berubah.
Rejim Israel menjajah Tebing Barat, Bukit Golan, Baitulmaqdis dan Semenanjung Gaza dalam Perang 1967, tetapi rejim Zionis itu berundur dari Gaza pada 2005.
Laporan B’Tselem itu berkata, penjajahan berterusan Israel ke atas Palestin hanya memburukkan lagi aktiviti pelanggaran hak asasi manusia. - PT
No comments:
Post a Comment