Pages

Thursday, March 22, 2012

Rumah agam Michael Jackson sedia dijual AS$23.9 juta





2012/03/22

LOS ANGELES: Rumah agam mewah milik raja pop dunia, Michael Jackson yang menghembus nafas terakhirnya di situ, kini dijual pada harga AS$23.9 juta (RM71.7 juta) dengan seorang selebriti terkenal berminat membelinya.

Laman web selebriti, TMZ dan ejen hartanah berkata, rumah agam berkenaan mempunyai tujuh bilik tidur, 13 bilik mandi dengan konsep kediaman ala reka bentuk Perancis serta dilengkapi panggung teater, gim, spa dan kolam renang.
“Hartanah ini menawarkan kehidupan glamor, bergaya dan serba mewah," kata laman web itu.
Kediaman Jacko itu dibina pada 2002 di Daerah Holmby Hills di barat Los Angeles yang berkeluasan 1,580 meter persegi untuk ruang tamu selain 0.5 hektar lagi untuk lanskap.

TMZ melaporkan, kediaman itu mula dijual Isnin lalu dan seorang selebriti terkenal bersedia untuk melawat hartanah itu, esok.

Sementara itu, ejen hartanah Mauricio Umansky dari Beverly Hills, berkata pihaknya hanya akan berurusan dengan pembeli yang berminat sahaja dan mempunyai kelayakan terutama dari segi kewangan.

Raja pop dunia itu meninggal dunia pada 25 Jun 2009 ketika berusia 50 tahun di rumah agam berkenaan. - AFP

No comments: