Pages

Saturday, March 31, 2012

Sejuta rakyat Syria perlu bantuan

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:


NEW YORK 30 Mac - Kira-kira sejuta rakyat Syria memerlukan bantuan kemanusiaan disebabkan pertempuran berterusan di negara itu, menurut tinjauan bersama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang disiarkan hari ini.
Kakitangan teknikal daripada lapan agensi PBB termasuk pejabat bagi penyelarasan hal-ehwal kemanusiaan (OCHA) dan OIC melawat bandar-bandar Aleppo, Ar Roqqa, Dara'a, Dayr Az Zor, Hama, Homs, Idlib, Lattakia, pinggir Damsyik dan wilayah Tartous untuk meninjau situasi kemanusiaan di sana.
Mereka mendapati sebanyak sejuta penduduk Syria memerlukan bantuan disebabkan kecederaan yang dialami semasa pertempuran atau kehilangan ahli keluarga dan ketiadaan perkhidmatan asas.
Hasil tinjauan disampaikan kepada kerajaan Syria, yang membenarkan misi PBB-OIC itu.
Bagaimanapun sesetengah kawasan tidak dikunjungi kerana masalah keselamatan atau kesempitan masa.
Laporan itu menggesa penduduk awam diberikan perlindungan termasuk bekalan makanan, bantuan perubatan serta keperluan bukan makanan seperti selimut dan keperluan rumah.
Katanya, konvoi awal PBB dari Damsyik membawa bekalan makanan, selimut dan peralatan kebersihan untuk 2,000 keluarga yang hilang tempat tinggal tiba di wilayah Tartous kelmarin, dan pengagihan bantuan dijadual bermula hari ini.
Sementara itu di Damsyik, pemberontak Syria hari ini mengatur tunjuk perasaan besar-besaran bagi mengutuk negara-negara Arab kerana 'mengabaikan' mereka, selepas sidang kemuncak Liga Arab tidak mengambil sebarang pendirian kecuali menggesa dialog untuk menyelesaikan krisis di negara itu.
"Orang Islam dan Arab telah mengabaikan kita, tetapi Allah bersama-sama kita dan keazaman akan membawa kita menuju kemenangan," menurut satu kenyataan yang disiarkan oleh Revolusi Syria 2001 di laman Facebook, sambil menggesa demonstrasi diadakan di seluruh negara selepas solat Jumaat. - DPA/AFP

'via Blog this'

No comments: