Pages

Saturday, March 31, 2012

Pembelian panik minyak cetus huru-hara

Utusan Malaysia Online - Luar Negara:



Barisan panjang kenderaan boleh dilihat di stesen-stesen minyak selepas kerajaan menasihatkan orang ramai mengisi minyak berikutan kebimbangan kekurangan bekalan minyak akibat mogok di London, kelmarin. - AGENSI


LONDON 30 Mac - Pembelian panik, penutupan stesen minyak atas arahan polis dan pengusaha mengambil kesempatan untuk mengaut untung mencetuskan keadaan huru-hara di stesen minyak di seluruh Britain, kelmarin.
Kekecohan itu berpunca daripada nasihat yang dikeluarkan oleh kerajaan supaya pemandu mengisi minyak bagi menghadapi kekurangan bekalan yang boleh berlaku disebabkan mogok, walaupun mogok itu belum pun dilancarkan.
Pemandu bertindak membanjiri stesen minyak dan barisan panjang kelihatan di seluruh negara ini.
Harga minyak melonjak dan lebih 100 stesen minyak kehabisan petrol dan diesel, manakala yang lainnya ditutup atas arahan polis yang bimbang mengenai kesesakan luar biasa di jalan-jalan berhampiran stesen minyak.
Pertubuhan automotif menyalahkan kerajaan kerana kemelut itu, dengan berkata, kekurangan bekalan 'yang disengajakan dan tidak sepatutnya berlaku' itu berpunca daripada nasihat tidak betul.
Walaupun tarikh mogok oleh pemandu lori tangki minyak belum diumumkan, ancaman mogok sudah cukup untuk menyebabkan kekurangan bekalan minyak.
Persatuan Peruncit Petrol menyifatkan para Menteri Kabinet sebagai 'tidak bertanggungjawab' dan patut dipersalahkan kerana mengeluarkan nasihat yang mencetuskan pembelian panik.
"Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kekecohan kelmarin dan tidak sepatutnya membuat sebarang pengumuman ketika orang ramai mula melakukan pembelian panik, malah mereka tidak pasti mogok akan dilancarkan manakala stesen masih menerima bekalan petrol," kata jurucakap persatuan, Keely Scanlan.
Peruncit malam tadi memberi amaran, banyak kawasan di negara ini boleh kehabisan minyak menjelang akhir hari ini jika panik itu berterusan.
Sebilangan stesen minyak menaikkan harga minyak jauh melebihi paras purata yang dicatatkan semalam iaitu 140.9 pence (RM5.80) seliter bagi petrol tanpa plumbum dan 147.1 pence (R6.03) seliter bagi diesel. - AGENSI

'via Blog this'

No comments: