JAKARTA 13 Mac – Indonesia melancarkan pelan besar-besaran untuk memodenkan angkatan bersenjatanya yang serba kekurangan dan membangunkan sebuah industri pertahanan dalam langkah yang dilihat oleh penganalisis boleh mengubah keseimbangan strategik di rantau ini.
Selepas bertahun-tahun tidak mendapat peruntukan mencukupi, Kementerian Pertahanan kini memulakan ‘gerakan membeli-belah’ besar-besaran untuk peralatan tentera dan mengadakan usaha sama dengan syarikat pertahanan asing bagi mengeluarkan senjata, kata jurucakap Kementerian, Brigadier Jeneral Hartind Asrin, semalam.
“Kami sekarang memiliki wang untuk membeli lebih banyak peralatan tentera, kerana selama ini keupayaan pertahanan kami begitu rendah dan jauh ketinggalan di belakang negara-negara lain,” kata Hartind.
Tentera Nasional Indonesia (TNI) mempunyai kuasa meluas dan dituduh mencabul hak asasi manusia semasa pemerintahan Presiden Suharto selama tiga dekad.
Sejak Suharto berundur pada 1998, tentera menjalani banyak pembaharuan tetapi usaha untuk memodenkannya terjejas disebabkan kekurangan bajet berikutan krisis kewangan Asia pada 1997-1998.
Kini dengan ekonomi Indonesia berkembang pada kadar melebihi enam peratus setahun, kerajaan memperuntukkan bajet pertahanan berjumlah 156 trilion rupiah (RM52.7 bilion) bagi tempoh 2011-2014, membolehkannya membeli peralatan seperti jet pejuang, kapal selam dan kereta kebal moden. – DPA
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment