Pages

Friday, February 10, 2012

Ketua al-Qaeda Pakistan terbunuh serangan Amerika




2012/02/10

ISLAMABAD: Ketua al-Qaeda di Pakistan, Badr Mansoor, terbunuh dalam serangan peluru berpandu Amerika di Miranshah, bandar utama di Waziristan Utara, kata pegawai.

Mansoor dikatakan menghantar pejuang ke Afghanistan dan mengendalikan kem latihan di Waziristan Utara, terbunuh dalam serangan sebelum subuh berdekatan sempadan Afghan, kata pegawai Pakistan dan anggota kumpulannya memberitahu AFP.

“Beliau mati dalam serangan peluru berpandu di Miranshah. Kematiannya menjadi tamparan hebat keupayaan al Qaeda menyerang di Pakistan,”kata seorang pegawai kanan Pakistan.
Kematiannya disahkan seorang pengikut kuatnya.

“Badr Mansoor terbunuh dalam serangan peluru berpandu,” kata pejuang kumpulannya yang mengesahkan menerusi telefon.

Pegawai perisikan di Miranshah, berkata Mansoor sudah terbunuh tetapi pegawai Pakistan lain masih berbelah bahagi.

“Kami tidak yakin. Kami tidak boleh memberi pengesahan begitu saja,” seorang daripada mereka memberitahu AFP.
Empat pejuang dilaporkan terbunuh dalam serangan sebelum subuh yang mensasarkan perkarangan di Miranshah, pekan utama Waziristan Utara.

Pegawai perisikan kanan Pakistan menggambarkan Mansoor sebagai pemimpin al Qaeda di Pakistan selepas pemimpin sebelum ini, Ilyas Kashmiri dilaporkan terbunuh dalam serangan pesawat kawalan jauh Jun lalu.

Tidak seperti Kashmiri, yang ditawarkan AS$5 juta (RM1.4 bilion) ganjaran untuk nyawanya, Mansoor tidak disenaraikan oleh Jabatan Ganjaran Untuk Keadilan Negeri, Amerika.

Tiada sebarang pengesahan serta merta mengenai kematiannya dari Amerika.

Tetapi seorang pakar antipengganas Barat menggambarkan Mansoor sebagai ketua tempatan al Qaeda dan seorang daripada sasaran ketua Amerika di Pakistan.

“Jika ia benar, ia menjadi berita gembira bagi perjuangan menentang keganasan dan ia menjadi penting untuk Amerika dan Pakistan,” kata pegawai.

Beliau menggelarkan pergerakan al-Qaeda di bawah Mansoor berada antara pergerakan Taliban di bawah payung Pakistan dan seorang anggota kepemimpinan Syura al-Qaeda di Pakistan. – AFP Berita Harian Online | Ketua al-Qaeda Pakistan terbunuh serangan Amerika:

'via Blog this'

No comments: