MOSCOW: Serangan tentera Barat ke atas Iran akan menjadi malapetaka yang memburukkan lagi perpecahan sedia ada dalam dunia Islam, kata Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov, semalam.
Ketika ditanya dalam sidang akhbar tahunan sama ada Amerika Syarikat dan sekutunya akan melancarkan serangan ke atas Iran, Lavrov berkata: “Untuk mengetahui sama ada malapetaka ini akan berlaku atau tidak, anda perlu tanya kepada mereka yang berulang kali bercakap mengenai hal itu.
“Saya tidak menyangkal ia bagaikan mencurah minyak kepada api yang membara, api persengketaan antara Sunnah dan Syiah, dan di sebalik semua itu, ia akan terus berlanjutan. Saya tidak tahu di mana ia akan berhenti,” katanya.
Lavrov berkata, Russia amat bimbang dengan kemungkinan tindakan ketenteraan terhadap Iran dan akan melakukan sedaya mampu untuk menghalang ia berlaku.
“Kesannya pasti buruk sekali.
“Ia bukan sesuatu yang mudah. Ia akan mencetuskan tindak balas secara berterusan dan saya tidak tahu di mana ia akan berhenti,” katanya. Lavrov juga memberi amaran sekatan terhadap eksport minyak yang dipertimbangkan Kesatuan Eropah akan membantutkan usaha untuk menyelesaikan isu nuklear Iran melalui rundingan.
“Ia tiada kena-mengena dengan keinginan untuk mengukuhkan pengawalan senjata nuklear,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan.
“Ia bertujuan melemahkan ekonomi Iran dan populasinya agar mereka tidak berpuas hati,” katanya. - Reuters
No comments:
Post a Comment