Pages

Thursday, May 5, 2011

Osama tidak bersenjata - White House



Media dan penduduk tempatan berkumpul di luar rumah agam di bandar Abbottabad yang menjadi tempat persembunyian Osama selepas serangan tentera AS di rumah itu pada Isnin lalu. – AFP


WASHINGTON 4 Mei – Amerika Syarikat (AS) mendedahkan bahawa Osama bin Laden tidak bersenjata tetapi ‘memberi tentangan’ ketika komando tentera laut AS menembak mati pemimpin al-Qaeda itu.
White House, semalam memberi keterangan paling lengkap setakat ini mengenai serangan nekad di Pakistan pada awal Isnin lalu yang membunuh dalang serangan 11 September 2011.
Namun, pegawai AS tidak memberi penjelasan meyakinkan tentang mengapa Osama ditembak mati dan tidak ditangkap memandangkan dia tidak bersenjata, memarakkan spekulasi bahawa pasukan elit SEAL tentera laut AS telah diarah untuk menjalankan misi membunuh.
“Di dalam bilik bersama-sama Osama, seorang wanita iaitu isterinya menerpa ke arah seorang komando AS lalu ditembak di kaki tetapi tidak dibunuh.
“Osama kemudian ditembak mati, dia tidak bersenjata,” kata jurucakap White House, Jay Carney.
Apabila diasak oleh pemberita, Carney berkata, terdapat tentangan yang cukup kuat dan ‘pertempuran bersenjata yang sengit’.
“Kami bersedia untuk menangkapnya jika perkara itu dapat dilakukan,” tegas beliau.
Pegawai AS mendakwa, ujian DNA membuktikan secara muktamad lelaki yang ditembak di kepala dalam serbuan di bandar Abbottabad, Pakistan ialah Osama.
Bagaimanapun mereka masih menimbangkan sama ada hendak menyiarkan gambarnya sebagai bukti atau tidak.
“Perlu dinyatakan gambar itu mengerikan dan boleh mencetuskan kemarahan, kami masih mengkaji perkara ini,” kata Carney. – AFP

No comments: