Pages

Thursday, May 5, 2011

Mayat Osama amat ngeri: AS

PENYOKONG Parti Pro-Taliban, Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N), melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat (AS) ketika tunjuk perasaan di Quetta pada 2 Mei lalu selepas Osama bin Laden dibunuh pasukan tentera khas Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan. - Foto AFP
PENYOKONG Parti Pro-Taliban, Jamiat Ulema-i-Islam-Nazaryati (JUI-N), melaungkan slogan anti-Amerika Syarikat (AS) ketika tunjuk perasaan di Quetta pada 2 Mei lalu selepas Osama bin Laden dibunuh pasukan tentera khas Amerika Syarikat di Abbottabad, Pakistan. - Foto AFP
WASHINGTON: Rumah Putih semalam memberi amaran, gambar mayat Osama Bin Laden amat mengerikan dan menyuarakan kebimbangan kemungkinan ia akan mencetuskan kemarahan jika disiarkan untuk membuktikan pemimpin al-Qaeda itu sudah mati.
Pengarah Agensi Perisikan Pusat (CIA), Leon Panetta dalam satu temuramah membayangkan kemungkinan gambar itu didedahkan tetapi kemudian berkata, sebarang keputusan mengenainya terletak pada Rumah Putih.

Dua hari selepas pasukan elit tentera Amerika membunuh pemimpin al-Qaeda terbabit di Pakistan, pegawai kanan Rumah Putih belum memutuskan sama ada untuk mendedahkan bukti kepada orang ramai bahawa Osama benar-benar sudah mati.

“Adalah adil untuk berkata bahawa gambar itu mengerikan. Ia boleh mencetuskan kemarahan,” kata jurucakap Rumah Putih, Jay Carney.

“Kami masih mengkaji keadaan dan berusaha membuat keputusan terbaik,” katanya.

Menurutnya, Presiden Barack Obama turut terbabit dalam perbincangan itu.


Panetta mencetuskan kontroversi apabila terlepas cakap dalam temuramah dengan rancangan NBC Nightly News.

“Yang penting, seperti anda tahu, kami sudah membunuh Osama dan saya berpendapat, kami perlu mendedahkan kepada dunia bahawa kami berjaya melakukannya.” kata Panetta.
Selepas memberi taklimat kepada anggota Dewan mengenai pembunuhan Osama, beliau kemudian memberitahu AFP, keputusan untuk mendedahkan gambar itu terletak pada Rumah Putih.

Obama menyedari bahawa penyiaran gambar mayat Osama akan menyangkal sebarang teori konspirasi yang mendakwa Washington memalsukan kematian pemimpin al-Qaeda itu.

Bagaimanapun, pegawai Amerika juga sedar potensi serangan balas, kemungkinan terhadap kedutaan Amerika Syarikat di seberang laut atau kepentingannya yang lain di negara Islam akibat penyiaran gambar itu yang dianggap tidak menghormati orang yang sudah mati.

Musuh Amerika Syarikat sangsi mengenai kenyataan Washington dengan mendakwa kematian Osama itu dibuat dengan tujuan propaganda.

Kumpulan Taliban di Afghanistan berkata, adalah terlalu awal untuk mengulas.

“Memandangkan Amerika Syarikat tidak menyediakan dokumen yang meyakinkan untuk membuktikan dakwaan mereka dan sumber yang rapat dengan Osama belum mengesah atau menafikan mengenai kesyahidannya, kami menganggap adalah terlalu awal untuk mengeluar kenyataan berhubung laporan itu,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Taliban dalam laman webnya.

Satu pilihan mungkin boleh dilakukan Rumah Putih ialah menyiarkan gambar pemimpin al-Qaeda itu ketika pengebumiannya di laut dari kapal pengangkut pesawat USS Vinson di Lautan Hindi.

Pegawai berkata, mayat Osama dimandi, dikafan dan disembahyangkan mengikut cara Islam sepenuhnya sebelum diturunkan ke laut.

Seorang pegawai kanan sebelum ini berkata, Osama dikenalpasti ketika pertempuran di kediamannya di Abbotabad, Pakistan. - AFP, mymetro

No comments: