Pages

Saturday, February 26, 2011

Penentang guna web atur protes

Berita Harian Online


2011/02/26

TRIPOLI: Kumpulan anti- pemerintah Libya menggunakan laman web berpacaran untuk merancang bantahan mereka terhadap Muammar Gaddafi selain bagi mengelak mudah dikesan oleh polis rahsia negara itu, dakwa bekas pemimpin pembangkang, Omar Shibliy Mahmoudi.

Beliau menggunakan laman web ‘Mawada’ untuk menghimpunkan rakyat bersama bagi mengelakkan ia dikesan polis rahsia Libya yang turut memantau halaman sosial seperti Facebook dan Twitter.
“Ia adalah untuk tujuan pembebasan, bukan untuk perkahwinan,” kata Mahmoudi kepada ABC News.

Omar juga memberitahu tidak pernah bergiat aktif dalam politik sebelum ini tetapi sebaik menyaksikan kebangkitan yang menumbangkan kerajaan di negara jiran, beliau tahu bahawa dia perlu bertindak.

Jadi, beliau mereka sebuah profil Mawada yang dipanggil “Di Mana Miriam?” dan menyamar bertujuan mencari seorang isteri. – Agensi"

No comments: