Pages

Thursday, December 15, 2011

Polis tagih dadah diberi tempoh sebulan untuk pulih atau dipecat

BANDA ACEH: Kira-kira 1,000 anggota polis yang didapati mengambil dadah, diberi masa sebulan untuk memulihkan diri daripada ketagihan ataupun terpaksa menerima nasib dipecat.

Jumlah itu, kira-kira enam peratus daripada keseluruhan jumlah anggota polis di wilayah itu, gagal ujian dadah yang dijalankan oleh Agensi Narkotik Kebangsaan, menurut Ketua Polis, Iskandar Hasan, semalam.

Anggota polis itu didapati positif dadah, termasuk jenis kristal methamphetamine atau ais, ganja dan MDMA, dadah aktif yang terdapat dalam pil ekstasi.

Sejumlah 189 anggota polis telah dihantar ke pusat pemulihan selama sebulan.


“Kami akan beri mereka sebulan untuk memastikan mereka mengubah cara hidup mereka,” katanya. -AFP

myMetro | Polis tagih dadah diberi tempoh sebulan untuk pulih atau dipecat:

'via Blog this'

No comments: