Pages

Thursday, December 15, 2011

Hormuz tak kan ditutup: Iran

TEHERAN: Iran semalam memberi penjelasan mengenai khabar angin penutupan Selat Hormuz, satu daripada laluan minyak paling strategik di dunia sambil berkata, tindakan itu ‘tiada dalam agendanya’.

Bagaimanapun, jurucakap Kementerian Luar, Ramin Mehmanparast mengulang kenyataan Teheran memberitahu selat sempit yang terletak di sepanjang pinggir Teluk Parsi itu mungkin terancam sekiranya ketegangan yang melanda kini mencetuskan peperangan.


“Republik Islam sudah berulang kali menyatakan isu penutupan Selat Hormuz tiada dalam agenda kerana Iran percaya negara itu perlu aman dan stabil supaya semua negara rantau berkenaan dapat berkembang dan membangun,” kata Ramin sebagaimana dipetik oleh agensi berita Isna. Bagaimanapun, beliau menuduh Amerika Syarikat dan Israel mengancam Iran dengan mencetuskan ‘suasana peperangan dan dalam keadaan sedemikian pasti menimbulkan reaksi tertentu. - AFP

myMetro | Hormuz tak kan ditutup: Iran:

'via Blog this'

No comments: