NEW DELHI - Lelaki paling tinggi di India, Polipaka Gattaiah bekerja di sebuah pusat kraftangan dan kesenian di bandar Hyderabad, India.
Dia yang setinggi 2.28 meter menghiburkan orang ramai yang mengunjungi pusat tersebut.
Para pelawat kerap memberikan wang kepada Gattaiah yang berusia 38 tahun selain bergambar dengannya.
Pada Mac lalu, lelaki itu diberikan satu kaki palsu oleh
sebuah pertubuhan kebajikan setelah kakinya dipotong kerana jangkitan kuman.
Menurut media tempatan, kaki palsu itu dikatakan yang paling panjang pernah dibuat.
Seorang pegawai berkata, Gattaiah dibayar AS$130 (RM413.88) sebulan oleh sebuah agensi pelancongan negeri. - Reuters
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment