Pages

Monday, December 26, 2011

Enam korban letupan bom kereta di Pakistan

PESHAWAR: Satu serangan letupan bom kereta yang dilakukan pengebom berani mati di barat laut Pakistan membunuh enam anggota tentera dan mencederakan kira-kira puluhan yang lain, semalam, kata polis.

Serangan itu berlaku di bandar Bannu di mana pengebom terbabit mensasarkan pejabat kem separa tentera Frontier Corps (FC) yang mempunyai kubu di utara Waziristan bersempadan dengan Afghanistan.


“Pengebom itu memandu kenderaan yang dipenuhi dengan bahan letupan ke arah bangunan FC,” kata pegawai polis, Muhammad Shafiq kepada media.

Menurutnya, pejabat kem itu musnah dalam serangan berkenaan.


Dua pegawai penyiasat tempatan turut mengesahkan serangan itu dan khuatir jumlah kematian mungkin meningkat.


“Mungkin ada ramai lagi mayat yang bergelimpangan di bawah sisa bangunan setingkat yang diserang di bahagian belakangnya itu,” kata mereka. Pegawai kanan polis, Feroz Shah berkata, jumlah kematian kini enam orang bertambah daripada jumlah awal dengan lima kematian dan 12 kecederaan. Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu yang disasarkan di kem FC atau lebih dikenali sebagai Tochi Scouts sebelum dan selepas penempatan mereka di utara Waziristan. - AFP

myMetroEnam korban letupan bom kereta di Pakistan:

'via Blog this'

No comments: