Pages

Monday, December 26, 2011

Bashar masih disanjung rakyat

damsyik
DAMSYIK - Pengebumian 44 mangsa yang terbunuh dalam dua serangan bom berani mati di Damsyik, kelmarin, bertukar menjadi medan menunjukkan sokongan kepada Presiden Syria, Bashar Al-Assad di sebalik kekacauan politik yang sedang berlaku di negara itu.

Ribuan rakyat Syria yang menghadiri pengebumian itu, mengecam tindakan Amerika Syarikat dan sekutunya di Timur Tengah kerana campur tangan dalam urusan di Syria.

Serangan terbaru di Syria itu memburukkan lagi keadaan negara itu selepas tunjuk perasaan besar-besaran bermula, sembilan bulan lalu, menyebabkan hampir 5,000 orang terbunuh.

Menurut kerajaan Syria, kumpulan militan Al-Qaeda bertanggungjawab melancarkan serangan pengeboman menggunakan kereta itu, namun tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Damsyik sebelum ini, kerap menegaskan kekacauan di Syria dicetuskan kumpulan pengganas luar yang disokong kuasa Barat. Bashar masih disanjung rakyat - Global - Sinar Harian:

'via Blog this'

No comments: