Pages

Thursday, November 17, 2011

Tukang masak maut motosikal bertembung kereta dipandu calon SPM



Keadaan motosikal (kiri) yang ditunggangi Salleh Itam dan kereta yang bertembung di Jalan Lahar Buaya, Sungai Tiang Pendang, Kedah, semalam.


PENDANG 16 Nov. – Seorang tukang masak maut akibat dirempuh kereta yang dipandu seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Jalan Lahar Buaya, Sungai Tiang di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang, Salleh Itam, 58, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave maut di tempat kejadian akibat kecederaan teruk.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Abdul Aziz Ahmad berkata, kereta Proton Waja yang dipandu oleh pelajar terlibat bertembung dengan motosikal mangsa dari arah Pendang dipercayai untuk pulang ke rumahnya di Kampung Baru.

“Akibat pertembungan itu, kereta pelajar itu remuk di bahagian depan manakala motosikal mangsa turut mengalami kerosakan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, setakat ini pelajar tersebut atau warisnya belum membuat laporan berhubung kemalangan itu.

“Pelajar itu kini dirawat di sebuah hospital swasta di Alor Setar kerana kecederaan di hidung,” ujarnya.

Sementara itu, anak angkat mangsa, Mohd. Nor Awang, 40, berkata dia mendapat berita kemalangan itu ketika di tempat kerja di Kuari Bukit Perak kira-kira pukul 2 petang.

“Arwah yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran di Tanah Merah menaiki motosikal setiap hari dan keluar rumah kira-kira pukul 6 pagi serta pulang sekitar pukul 1 tengah hari,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Baru.

Tambahnya, arwah masih bujang dan mempunyai dua anak angkat. Seorang lagi ialah Shamsul Effendi Mat Aris, 27, yang dipelihara sejak bayi.

Utusan Malaysia Online - Jenayah:

'via Blog this'

No comments: