Pages

Thursday, November 17, 2011

Menteri Jerman seru daftar kumpulan neo-Nazi

myMetro | Menteri Jerman seru daftar kumpulan neo-Nazi: "BERLIN: Menteri Dalam Negeri Jerman semalam menyeru pendaftaran kebangsaan perlu dibuat ke atas senarai kumpulan neo-Nazi sebagai tindak balas terhadap sekurang-kurangnya 10 kes pembunuhan yang berlaku sebelum ini.

Hans-Peter Friedrich memberitahu akhbar harian Sueddeutsche Zeitung, pangkalan data kebangsaan perlu memfailkan data mengenai kumpulan pelampau berhaluan kanan dan yang melakukan tindakan ganas. Selepas menerima kritikan ekoran kesilapan dalam siasatan terhadap 10 kes pembunuhan, Friedrich berkata, biro perisikan dalaman dan polis persekutuan serta negeri perlu menyerahkan data berkenaan. Tujuannya adalah untuk mengenal pasti hubungan antara jenayah dan kemungkinan wujudnya rangkaian penjenayah.


Canselor Angela Merkel minggu ini mendakwa pembunuhan sembilan pekedai berketurunan Turki dan seorang polis wanita Jerman antara 2000 dan 2007 oleh kumpulan yang menggelar diri mereka sebagai Gerakan Bawah Tanah Sosialis Kebangsaan memalukan Jerman.

Pendakwa raya Persekutuan mengambil alih siasatan minggu lalu selepas penemuan pistol yang digunakan dalam pembunuhan itu di kediaman seorang wanita, Beate Zschaepe, 36, yang mengaku dirinya berfahaman neo-Nazi. - AFP"

'via Blog this'

No comments: