Pages

Thursday, November 17, 2011

‘Pilihan saya tepat’




BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat
BAHAGIA...Noor Mahayu di sisi suaminya, Mat

myMetro | ‘Pilihan saya tepat’:

'via Blog this' TANAH MERAH: “Saya bahagia. Walaupun hanya mengenali suami ketika diijabkabulkan Jumaat lalu, dia kelakar dan mudah bertolak ansur,” akui Noor Mahayu Shamsuddin, 26, yang bertemu jodoh dengan warga emas berusia 64 tahun. Menurutnya, dia tidak mengenali Mat Ibrahim, imam Masjid Mukim Bechah Laut di sini, sebelum ini kerana semuanya diuruskan keluarga. “Semuanya keluarga yang aturkan dan saya hanya tahu bakal suami imam. Hanya dalam tempoh tiga minggu dirisik, saya selamat diijabkabulkan,” katanya. Menurut Noor Mahayu, keputusannya berkahwin dengan lelaki 38 tahun lebih tua daripadanya yang juga duda dibuat atas kerelaan sendiri, tanpa paksaan sesiapa. “Nasihat ayah yang paling utama. Saya buat keputusan tepat (berkahwin dengan Mat) memandangkan dia mempunyai latar belakang agama yang baik dan perkahwinan ini juga sangat istimewa bagi saya. “Saya hanya melihat wajah suami ketika dinikahkan dan baru sedar saya pernah melihatnya di hospital ketika menjaga arwah ibu yang ketika itu sakit, dua bulan lalu,” katanya ketika ditemui bersama suaminya di Kampung Baru, Bechahut, semalam. Noor Mahayu berkata, dia juga mahukan anak ramai seperti diinginkan suaminya bagi menyambung zuriat mereka. Sebelum ini, anak bongsu daripada tujuh beradik itu pernah bekerja di syarikat swasta di Kuala Lumpur sebelum pulang ke kampung untuk menjaga ibunya yang sakit saraf. Ibunya bagaimanapun meninggal dunia, dua bulan lalu. Noor Mahayu turut berkorban menjaga bapanya yang cacat kaki akibat kencing manis. “Selain menjaga ayah, kini saya turut menjaga suami tercinta,” katanya ceria. Semalam, muka depan Harian Metro melaporkan, perkahwinan Noor Mahayu dan Mat yang diibaratkan perkahwinan selebriti apabila bernikah pada tarikh istimewa iaitu 11 November lalu atau bersamaan 11.11.11. Pasangan itu selamat dinikahkan jam 11 malam pada tarikh berkenaan di Batu 11 di sini, dengan wang hantaran RM5,011. Majlis resepsi mereka diadakan kelmarin dengan diiringi 11 das tembakan senapang patah oleh penduduk kampung selain diarak dengan 60 kereta dan 40 motosikal, malah meriah dengan kehadiran lebih 1,000 tetamu.

No comments: