KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga isteri seorang operator kilang dirayu pulang selepas melarikan diri dari rumah bersama anak mereka sejak 27 Oktober lalu.
Kehilangan Norlizawati Mat Saad, 28, disedari suaminya, Affendi Dol, 33, selepas pulang dari kerja jam 8.30 malam.
Menurut Affendi, berlaku sedikit pergaduhan dengan Norlizawati sehari sebelum itu apabila isterinya keluar rumah tanpa izin untuk bersama rakan-rakannya sempena Deepavali.
“Saya menghubungi dia pada pagi 27 Oktober itu namun tidak berjawab, kemudian apabila pulang dari kerja, saya dapati dia dan anak tiada serta motosikal milik saya lesap,” katanya ketika datang ke Balai Berita, kelmarin.
Affendi percaya isterinya melarikan diri ke Melaka atau Pahang berikutan hasil penemuan motosikal miliknya di Stesen Bas Metro USJ 8.
“Dia tiada saudara atau kenalan di Melaka dan saya sudah menghubungi keluarga mentua di Pahang namun tiada siapa tahu di mana mereka.
“Saya tidak sangka dia melarikan diri dari rumah dan saya sangat risau keselamatannya kerana bimbang dia ditipu,” katanya.
Affendi berkata, jika Norlizawati tidak mahu pulang ke rumah mereka di Kuala Lumpur, dia berharap isterinya pulang ke rumah ibunya di Jengka, Pahang.
Kehilangan isterinya itu sudah dilaporkan di Balai Polis Putra Heights, Subang Jaya dan orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian 013- 2211727 atau 013-2511417.
'via Blog this'
No comments:
Post a Comment