Pages

Monday, November 7, 2011

Lapan maut tanah runtuh di Colombia

BOGOTA: Sekurang-kurangnya lapan maut manakala berpuluh lagi dikhuatiri hilang dalam kejadian tanah runtuh dan banjir kilat yang menimpa sebahagian besar sebuah bandar di barat Colombia, semalam.

Kejadian yang menimpa bahagian Quindio dan Caldas, empat penduduk dilaporkan tertimbus selepas rumah mereka di El Castillo, dibawa arus deras dan lumpur.
Sembilan lagi penduduk dilaporkan cedera, menurut pegawai Palang Merah.
Sementara dalam kejadian di bandar Manizales, ibu negeri Caldas, empat terbunuh selepas tanah runtuh menimpa rumah mereka yang ketika itu didiami 32 keluarga.

Kejadian itu juga menyebabkan 28 lagi dilaporkan masih hilang. - AFP
Berita Harian Online | Lapan maut tanah runtuh di Colombia:

'via Blog this'

No comments: