Pages

Monday, November 7, 2011

Warga AS ditahan pemberontak Libya dibebas

LINTHICUM (Maryland): Penulis Amerika Syarikat (AS) yang hilang di Libya beberapa bulan lalu kini dilaporkan selamat tiba di AS, malam semalam.

Akhbar tempatan melaporkan, beliau ke negara Timur Tengah itu untuk menyertai pemberontakan terhadap diktator Muammar Gaddafi dan berada dalam misi tinjauan semasa ditangkap.
Matthew VanDyke disambut puluhan rakan dan saudara mara serta rakan media sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Baltimore-Washington Thurgood Marshall.
Awal tahun ini, VanDyke, 32, bekerja di Baltimore untuk menghasilkan buku dan filem mengenai perjalanan bermotosikalnya merentasi Timur Tengah dan Asia Tenggara apabila memutuskan untuk menyaksikan pemberontakan di Libya.

VanDyke hilang semasa lawatan sehari ke Brega, Mac lalu dan khabar berita mengenainya tidak diketahui sehingga beliau dibebaskan dari penjara terkenal di Tripoli, Abu Salim, Ogos lalu. - AP
Berita Harian Online | Warga AS ditahan pemberontak Libya dibebas:

'via Blog this'

No comments: